RIYADH: Malaysia perlu memanfaatkan kepakaran dan sumber secara kolektif bagi memacu pertumbuhan dan pembangunan mampan dalam industri halal, kata Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.
Beliau berkata tindakan seumpama itu adalah langkah penting bagi negara kerana industri halal sedang menangani kerumitan dalam landskap global yang berubah dengan pantas.
"Selaras dengan objektif Forum Kepimpinan Ekonomi Halal 2024 (HELF 2024), Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) kekal komited untuk menyokong inisiatif yang menggalakkan kemudahan perdagangan, pembangunan industri dan akses pasaran bagi produk-produk dan perkhidmatan-perkhidmatan halal.
"Kami berdedikasi untuk memupuk kerjasama yang lebih erat dengan rakan-rakan kongsi kami di Arab Saudi dan pihak-pihak berkepentingan utama yang lain untuk memanfaatkan potensi besar ekonomi halal dan mewujudkan masa depan yang lebih inklusif, saksama dan sejahtera untuk semua," kata Tengku Zafrul dalam ucapannya yang dibacakan oleh Duta Besar Malaysia ke Arab Saudi Datuk Wan Zaidi Wan Abdullah.
HELF 2024 dianjurkan bersama oleh Halal Development Corporation, Bank Pembangunan Islam (IsDB) dan Syarikat Pembangunan Produk Halal Arab Saudi (HPDC), bersempena Forum Sektor Swasta IsDB yang berlangsung dari 28-30 April, 2024.
Selain itu, momentum global yang menyelubungi ekonomi halal menawarkan naratif yang menarik untuk Malaysia, memanfaatkan kedudukannya yang penting dalam pasaran halal global, katanya.
"Sebagai peneraju dalam kewangan Islam dan ekonomi Islam yang lebih meluas, Malaysia berada di barisan hadapan dalam industri halal yang sedang berkembang ini.
"Pertumbuhan sektor halal yang dipacu bukan sahaja dalam kalangan populasi Islam global tetapi juga oleh faktor-faktor seperti nilai tambah, kebersihan dan keaslian, telah meletakkan produk halal Malaysia pada kedudukan yang tinggi dan menjadikannya pilihan utama bagi pengguna-pengguna bukan Islam," katanya.
Ini ditambah dengan konsep ekonomi MADANI yang merangkumi wawasan pembangunan negara, menekankan peningkatan perdagangan dan pemupukan industri halal yang inovatif dan berdaya saing, katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Apr 30 2024
Malaysia perlu memanfaatkan kepakaran dan sumber secara kolektif bagi memacu pertumbuhan dan pembangunan mampan dalam industri halal, kata Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz. - Gambar fail/BERNAMA
Wujud pasukan khas laksana pematuhan, penguatkuasaan larangan merokok - Cuepacs
Cuepacs mencadangkan Kementerian Kesihatan wujudkan pasukan khas untuk melaksanakan penguatkuasaan larangan merokok di premis makanan dan restoran.
AWANI Ringkas: Tindakan selepas penubuhan Suruhanjaya Pekerja Gig
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Lebih 569 tan metrik bantuan kemanusiaan tiba di Gaza
Komando Pusat Amerika Syarikat (CENTCOM) pada Isnin memaklumkan ketibaan lebih 569 tan metrik bantuan kemanusiaan tiba di Gaza melalui jalan laut.
Kapal kontena Dali berjaya dialihkan - White House
Kapal kontena Dali berjaya dialihkan pada Isnin yang merupakan langkah penting kearah membuka kembali laluan perkapalan itu.
Saksi dakwa Ebit Lew hantar mesej lucah menjelang malam
Saksi kesembilan mendakwa mesej yang diterima daripada pendakwah terkenal, Ebit Lew berunsur.
Datuk bandar antara 3 maut dalam serangan hendap
Tiga pegawai kerajaan, termasuk seorang datuk bandar telah ditembak mati oleh sekumpulan lelaki bersenjata yang disyaki sebagai pemisah pada Isnin di wilayah bergolak Barat Laut Cameroon.
Kit ujian pantas laris di Singapura
Kita Ujian Pantas (ART) Antigen COVID-19 laris dijual di Singapura susulan peningkatan kes jangkitan virus tersebut.
Musa Hitam lancar buku Ku Li
Veteran UMNO Tun Musa Hitam melancarkan buku bertajuk KU LI: Memoir 205 yang mengangkat kisah perjalanan politik rakan seperjuangannya, Tengku Razaleigh Hamzah pada Selasa.
Selangor tetapkan capaian 5G di kawasan industri cecah 80 peratus tahun ini
Kerajaan negeri akan perkemas langkah meningkatkan capaian liputan rangkaian 5G di Selangor dengan tumpuan diberikan kepada kawasan industri.
EPL: Rio Ferdinand percaya Ten Hag akan dipecat
Bekas pertahanan Manchester United, Rio Ferdinand, percaya pengurus kelab itu Erik Ten Hag bakal meninggalkan Old Trafford.
Malaysia perlu guna kepakaran, sumber secara kolektif bagi memacu industri halal - Tengku Zafrul
Malaysia perlu memanfaatkan kepakaran dan sumber secara kolektif bagi memacu pertumbuhan dan pembangunan mampan dalam industri halal.
HDC anjur Forum Kepimpinan Ekonomi Halal 2024 di Riyadh bulan ini
HDC akan menganjurkan HELF untuk meluaskan jejak globalnya, yang dibangunkan melalui pencapaian cemerlang Litar Persidangan Perniagaan Halal Dunia di London tahun lepas.
Menteri Kewangan Malaysia dan Indonesia bincang kewangan Islam, industri halal di Washington
Pertemuan di Washington diadakan ketika mereka mengetuai delegasi negara masing-masing ke Mesyuarat Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) dan Kumpulan Bank Dunia 2024.
HDC terus usaha kukuhkan kerjasama dengan Jepun bagi inisiatif perdagangan halal
Osaka muncul sebagai pusat strategik utama bagi usaha kolaboratif ini disebabkan potensinya yang besar kepada pembangunan industri halal.
Lawatan kerja Ahmad Zahid ke Jepun dijangka perkasakan TVET, industri halal Malaysia
Memantapkan agenda TVET serta mengukuhkan Malaysia sebagai hab dalam industri halal global antara fokus utama lawatan TPM Ahmad Zahid ke Jepun.
Rancakkan lagi ekosistem halal negara, kekalkan Malaysia sebagai peneraju global
Usaha bersama antara kementerian dan agensi berkaitan mesti dilakukan bagi meningkatkan lagi usaha merancakkan ekosistem halal negara.
WHBC 2023 di London catat kemajuan penting dalam industri halal
WHBC 2023 telah berjaya dimuktamadkan, menandakan kemajuan ketara dalam industri Halal dan pengukuhan hubungan antarabangsa.
Lima institusi kewangan sediakan dana RM2.67 bilion, kukuhkan ekosistem halal tempatan - TPM
Ahmad Zahid berkata dana tersebut bagi menyokong barangan dan perkhidmatan syarikat halal tempatan menembusi pasaran halal global.
Malaysia boleh tarik lebih ramai pelabur susulan peralihan rantaian bekalan di Asia
Malaysia mempunyai potensi yang amat besar untuk menarik lebih ramai pelabur sekiranya negara ini memanfaatkan peralihan dalam rantaian bekalan di Asia.
Ahmad Zahid ketuai Jawatankuasa Kabinet perkasa pensijilan, industri halal negara - PM Anwar
Semua jabatan dan agensi berkaitan akan diselaras di bawah satu Jawatankuasa Kabinet, bagi memperkasa aspek pensijilan dan industri halal negara ke peringkat lebih kompetitif.